Wednesday 7 September 2011

Dugaan dtg x kira masa

Hari ni terpaksa ambil cuti kecemasan kerana satu keluarga x sihat. Ni pun baru balik dr klinik kesihatan bawa diaorng jumpa doktor. Letih bila x cukup rehat krn menjaga anak demam. Sampaikan boleh terlelap seketika sewaktu sdg bekerja. Huh................... nk buat cam mana???? Baru sikit aku diuji sebegini. Kadang kala aku terfikir adakah org lain pernah berhadapan ngn situasi yg sama spt aku??? Semoga aku menjadi seorang insan yg tabah serta seorang isteri dan ibu yg baik untuk keluargaku. Doaku agar insan2 yg aku sayangi ni akn kembali sihat spt sediakala krn sesungguhnya aku amat menyayangi kalian semua!!!!!!!!!!!! Amin.....

Sekadar renungan.......

 
semasa ber'couple = tak bertudung,
semasa akad nikah = bertudung
semasa bersanding = tidak bertudung
semasa Solat = bertudung
semasa bercerai (naik mahkamah) = bertudung
selepas bercerai = tak bertudung
semasa lahir = tidak bertudung
semasa masuk kubur = bertudung

Hidup mengikut landasan agama atau agama mengikut kehendak nafsu kita??

Sunday 4 September 2011

Berita Harian Online | Syarat tambahan bela wanita

Berita Harian Online | Syarat tambahan bela wanita

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/09/05

Lafaz taklik jamin hak isteri ketika hadapi masalah rumah tangga

KUALA LUMPUR: Wanita berdepan dilema pandangan serong masyarakat terutama keluarga bakal mentua, yang menganggap mereka sebagai terlalu berkira apabila bertindak memasukkan syarat tambahan dalam lafaz taklik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata ini berikutan pelaksanaannya masih janggal di Malaysia sehingga menyebabkan perkara berkenaan dilihat lebih bersifat ‘demand’ walaupun sebenarnya dibenarkan Islam, malah bukan perkara pelik di negara Arab.
Pada masa sama, katanya, wanita sendiri harus celik serta memahami hak mereka yang dilindungi undang-undang Islam, sekali gus sentiasa beringat sebagai jaminan masa depan masing-masing.

Beliau berkata, ramai wanita tidak mengambil tahu kepentingan perkara itu ketika gembira atau teruja untuk berkahwin, sehinggalah mereka kemudian menghadapi masalah rumah tangga.

“Masyarakat perlu mengubah tanggapan serong, sebaliknya berpandangan positif selagi syarat tambahan itu tidak melanggar syarak kerana ia memang dibolehkan dalam Islam untuk melindungi kebajikan wanita selepas berkahwin.

“Perkara itu tidak menganiaya mana-mana pihak berikutan ia dibuat atas persetujuan bersama pasangan yang ingin berkahwin. Sebagai contoh, syarat tambahan berhubung berpoligami, ia tidak dihalang, tetapi suami mesti memaklumkan, bertindak adil dan isteri bersedia.
“Bagaimanapun, wanita dinasihat berhati-hati ketika meletakkan syarat tambahan dalam lafaz taklik supaya tidak menjerat diri mereka pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Akhbar ini Rabu lalu melaporkan wanita boleh meletakkan syarat tambahan termasuk tidak membenarkan suami berpoligami atau melarang isteri bekerja, dalam lafaz taklik untuk memastikan kebajikan dan nasib mereka selepas berkahwin terjamin.

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Na`im Mokhtar berkata syarat tambahan itu dibenarkan, tetapi jarang digunakan kerana wanita tidak mengetahui atau tidak didedahkan mengenainya.

Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Normi Abdul Malek, pula berkata maklumat peruntukan syarat tambahan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam wajar dimaklumkan kepada bakal pasangan suami isteri ketika menjalani kursus kahwin.

“Ini boleh mengelak timbul isu bakal pengantin wanita tiada pengetahuan atau maklumat berhubung hak diperuntukkan dan mereka dapat berbincang dengan pasangan masing-masing untuk persetujuan bersama menjelang perkahwinan,” katanya.

Pendakwah bebas yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Hassan Din Al-Hafiz, berkata wanita tidak boleh meletakkan syarat menghalang bakal suami berpoligami kerana Islam mengharuskannya.

“Wanita boleh meletakkan syarat bahawa ia dibolehkan dalam keadaan tertentu yang diharuskan syarak seperti isteri mandul serta dibenarkan mahkamah, bagi memastikan suami tidak berpoligami dengan sewenang-wenang,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata setiap pasangan bakal pengantin harus lebih mengutamakan amanah, tanggungjawab serta keyakinan dalam perkahwinan sebagai anugerah Allah SWT, berbanding `mengikat’ dengan pelbagai syarat dalam lafaz taklik.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Nor, berkata lafaz taklik lazim yang sedia ada pada Surat Perakuan Nikah sudah memadai, tetapi aktiviti untuk meningkatkan pemahaman wanita terhadap hak mereka harus diperhebat.

Berkongsi ilmu.............

‎"Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk di perdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya.
Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majelis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu.
Barang siapa seperti itu maka baginya neraka...neraka (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu Majah)
_________


• MARI JADI ORANG BAIK •

• Follow twitter @QURANdanSUNNAH

Berubahlah...........

hari ni nk berkongsi pendapat sedikit berkaitan sikap segelintir masyarakat kita yg suka sgt mencari kesalahan dan keburukan org lain. Kenapa mesti kita amalkan sikap sebegini?? Baru2 ni saya terbaca di fb di ruangan berita harian online, berita ttg allahyarham Noramfaizul yg meninggal dunia akibat terkena tembakan di Somalia tu. Saya betul2 x faham kenapa ramai org yg komen di wall tu mempertikaikan ttg kematian arwah. Siapa la kita nk menilai sama ada beliau mati syahid atau x, kerja beliau tu ikhlas atau krn sbb lain. Tolong la jgn sempitkan pemikiran kita dgn soalan2 bodoh begitu dan kemudian saling tuduh menuduh!!! Lebih baik sekiranya kita mendoakan agar rohnya di tempatkan di kalangan org yg beriman dan sedekahkan al fatihah buat beliau. Sampai bila kita nk maju kalau asyik berfikiran negatif cam ni??? Jd fikir2kan la ya???

Salam sayang.................

Selamat datang ke duniaku.......................

Hai.............

Terima kasih kpd sesiapa yg sudi melihat ruangan ini. Blog ini baru saja diwujudkan untuk menjadi medan bg diriku mencoretkan apa jua aktiviti dan luahan peribadi berkenaan apa jua yg berkaitan dgn diri sendiri dan isu semasa. Juga untuk menjadi tempat untuk aku menambah kenalan dan berkongsi idea yg baik dgn rakan2. Semoga segala coretan yg tertera di sini memberikan manfaat kepada kita semua. Selamat berkenalan kepada rakan2 baru. Percayalah!!!!!!!!! Persahabatan akan menjadi lebih bererti jika kita saling jujur, ikhlas dan hormat menghormati antara satu sama lain.


Salam sayang,

Amay